Posts

Warna gelap tiada erti kamus nya kotor, hanya manusia adili dan mengeji hingga jadikan itu faktor.  Hitam mungkin hanya pakaian perlu kaji apa jenis dalaman, silap silap 30 bahagian dalam ingatan kau pula masih gagap pada muka hadapan.
Usia masih hijau tapi sudah acah tiga garis, taiko kerana petik nama bila depan halus serupa ikan bilis. Jangan kau bising jika tidak mahu kena hiris, duduk santai fikir mungkin ada orang lebih iblis dari bilis.
Perangai kena pandai bawa baru kehidupan kau lawa, hormat yang mana lebih tua jangan semua kau buat lepas sendawa. Dunia kini hidup jangan hanya guna kau punya buku, takut bila sudah kena hidup kau hanya berteman dengan kuku.
Dua kaki dua tangan kau fikir sudah cukup dengan kau punya penangan, tangan aku juga lebih ringan dari lengan. Masuk kandang perlu kau ingat siapa punya kandang, silap pandang hanya masa jadi ukuran sebelum di tendang.
Perang dalam kata bisu dalam perbuatan, berdepan dengan singa hanya singgah satu ngauman. Jangan petik yang senyap jika masih bawahan, runsing si lantang bermain dengan khayalan.
Jangan andai pada not nilai yang cacai,  tilik biar gapai didik otak biar jadi pandai Jangan sanjung pada kertas kerana kertas boleh hilang waras, perhati pada ikhlas agar hati nampak keikhlasan tanpa batas.
Jauh bukan alasan untuk lupakan sesuatu dari fikiran, Tiada satu memori dari ingatan aku lupa dan tinggalkan. Memori dicipta bukan sekadar dari air mata, Kadang dari karungan peta yang penuh denga cinta.