Posts

Showing posts from March, 2019
Dua kaki dua tangan kau fikir sudah cukup dengan kau punya penangan, tangan aku juga lebih ringan dari lengan. Masuk kandang perlu kau ingat siapa punya kandang, silap pandang hanya masa jadi ukuran sebelum di tendang.
Perang dalam kata bisu dalam perbuatan, berdepan dengan singa hanya singgah satu ngauman. Jangan petik yang senyap jika masih bawahan, runsing si lantang bermain dengan khayalan.
Jangan andai pada not nilai yang cacai,  tilik biar gapai didik otak biar jadi pandai Jangan sanjung pada kertas kerana kertas boleh hilang waras, perhati pada ikhlas agar hati nampak keikhlasan tanpa batas.
Jauh bukan alasan untuk lupakan sesuatu dari fikiran, Tiada satu memori dari ingatan aku lupa dan tinggalkan. Memori dicipta bukan sekadar dari air mata, Kadang dari karungan peta yang penuh denga cinta.
Susah mahu luah rasa sayang dari hati, Susah kerana kau bukan aku miliki. Dari jauh aku hanya mampu perhati, Perhati lumrah pasangan selalu lakukan. Aku cuba pujuk hati mungkin mereka, Hanya sekadar teman. Tipu jika tiada cemburu di hati, Aku juga manusia yang punyai hati budi. Cuma fikirku aku bukan sesiapa bagimu, Hanya mampu pendam perasaan biar pendam jadi rindu.
Menapak atas telapak yang hendak bertapak, bangkit tersentak lantas sedar tersepak. Mimpinya terbang alami dua kepak, rupanya alam masih terpacak harap tidak terbabak.
Kata aku padu dari orang sedang beradu, jangan masuk kalau tak pandai pandu takut bila lama jadi rindu. Bukan mahu tunjuk sailang kerana aku juga tempang, mana baik simpan jadi sayang yang buruk jadikan simpang.
Jangan kau paksa hantu yang sedang rehat, takut bila bangkit jangan tanya kenapa kau yang aku sebat. Aku jenis pendam simpan biar padat, cukup masa aku tapau biar kau tahu siapa sebenar musibat.
Hidup kena tenang biar emas tidak hilang, simpan ego jadi matang baru orang susah sailang. Aku pesan dengan kata biar kata bentuk insan, cuba hadam aku punya bingkisan inshaAllah ada kesan.
Mendung bukan tanda hari mahu berkabung, sekadar amaran berbumbung supaya tidak dilambung. Awan putih anugerah daripada Sang Pengasih, jangan nilai yang bersih sekadar dari bahasa yang fasih.
Usia masih hijau tapi acah tiga garis, taiko kerana petik nama bila depan halus serupa ikan bilis. Jangan kau bising jika tidak mahu kena hiris, duduk santai fikir mungkin ada orang lebih iblis dari iblis.
Senyap dengan ayat bukan makna sudah jadi mayat, sengaja diam bagi padat tiba masa aku rembat. Senyum dengan lebar bukan tanda tahan sabar, tidak kena khabar kau tunggu masa aku bagi sandar.
Yang dulu diluah sampah kini canang mengaku diri susah mati hingga ia diangkat sembah. Bak ungkapan Clique "Yang Dulu Kecam Kau Tarik Balik", IQ kau taksub keras pada empunya K yang kau nasabkan pada Malique. G nafsu kau bersandar viral sedang aku berpaksi warkah kekal, homies find yourself before bullet catch your IG's story. Bukan tunjuk pandai cuma mahu ajar apa erti sebena Ritma Atas Puisi.
Sembang kencang berapi kalah yang ditaa'ruf universiti, faktanya menyepi entah dalil kutip dari jiwa mati Aku bakar api dalam kontin bikin hingga mati, usah tepis fatwa jika bodoh sejak azali.