Susah mahu luah rasa sayang dari hati,
Susah kerana kau bukan aku miliki.
Dari jauh aku hanya mampu perhati,
Perhati lumrah pasangan selalu lakukan.
Aku cuba pujuk hati mungkin mereka,
Hanya sekadar teman.
Tipu jika tiada cemburu di hati,
Aku juga manusia yang punyai hati budi.
Cuma fikirku aku bukan sesiapa bagimu,
Hanya mampu pendam perasaan biar pendam jadi rindu.
Comments
Post a Comment